Monday, October 11, 2004

Gotong Royong Sempena Temasya Sukan 2004


Selasa, 12 Okt. 2004, SK Sibu Laut telah mengadakan gotong-royong membersihkan padang sekolah untuk persiapan Temasya Sukan yang akan diadakan pada 14 Oktober nanti. Usaha gigih guru-guru dan kakitangan sekolah adalah sangat memuaskan.

Datang jangan Tak datang.

Sunday, October 10, 2004

Mesyuarat Staf & Temasya Sukan Tahunan Serta Majlis Arwah Bulan

SK Sibu Laut telah mengadakan Mesyuarat Staf Kali ke 2 hari ini. Antara perkara yang dibincangkan ialah tentang Temasya Sukan Tahunan 2004 dan Majlis Arwah Bulan sempena Bulan Ramadhan yang akan menjelang.

Aktiviti itu dijangka akan diadakan pada 14 Oktober 2004 di SK Sibu Laut Kuching.
Datang jangan tak datang......

Wednesday, September 29, 2004

SK Sibu Laut Dilanda Ribut


Hujan lebat malam semalam telah menyebabkan pokok tumbang dan merosakkan wayar sambungan elektrik di SK Sibu Laut. Kejadian ini hanya disedari pada pagi tadi apabila guru dan murid datang ke sekolah untuk memulakan sesi persekolahan seperti biasa.



Tuesday, September 28, 2004

Keputusan PTK Terkini

Baru-baru ini, Kementerian Pelajaran telah mengeluarkan keputusan semakan semula PTK yang mana ramai calon telah lulus bersyarat. Antara syaratnya ialah harus menduduki semula peperiksaan tersebut pada tahun ini (2004).

Sunday, September 26, 2004

Tahniah! Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2003

Tahniah diucapkan kepada Tuan Haji Mohd Sharkawi b Sombin (Ex-SK Sibu Laut) dan Cik Ramlah bt Sulai kerana telah dianugerahkan Perkhidmatan Cemerlang 2003 baru-baru ini. Dengan penanugerahan ini, diharapkan akan memberi perangsang dan semangat kepada pegawai-pegawai lain untuk lebih bertugas dengan lebih giat lagi.

Tahniah!!!

Sunday, September 19, 2004

P&P Di SK Sibu Laut Berjalan Lancar


Proses Pengajaran & Pembelajaran di SK Sibu Laut tetap berjalan dengan lancar walaupun ramai guru yang terlibat dengan kursus sejak akhir-akhir ini. Enrolmen murid seramai 19 orang setakat ini memudahkan lagi P&P diteruskan

Third time unlucky for Saiful

After three consecutives week in the bottom three, "pretty boy" Saiful finally bowed out from the competition after P.Ramlee night. Jien and Aleya group the contestants into 2 groups again, Andrew & Saiful in Group A, Jac & Vick in Group B, while Dina was put in a suspense position ... where she was finally grouped together with Jac & Vick in B. Jien deliberately misled the judges and the audience by using the word bottom three, but everyone knew he was only tricking them. And so, much to most viewers' relief, the week's bottom two were Andrew & Saiful. Despite his lifeless performance, Andrew survived another week. It was finally Saiful who got voted off after his pitchy and weird performance on Bunyi Gitar by P.Ramlee. With this elimination, there goes the hope of any East Malaysian becoming the first Malaysian Idol. However, for Saiful, it's not the end of Saiful as Paul said, it's the beginning ...

Thursday, September 16, 2004

Majlis Penutupan Rasmi Perayaan Bulan Kemerdekaan Ke 47

16 Sept, 2004 Majlis Penutupan Rasmi Perayaan Bulan Kemerdekaan Yang Ke 47 telah dirasmikan oleh YDP Agong pada malam semalam di Tebingan Sungai Kuching. Sambutannya amat meriah sekali dan syabas diucapkan kepada semua yang telah terlibat dalam menjayakan majlis tersebut dengan jayanya.